🇲🇾 Bahasa Melayu

Takaful Malaysia, Government Hospital

(3.7 / 5 )
53 Reviews


Address: Tanah Merah

Rating breakdown

5 51%
4 15%
3 8%
2 8%
1 19%

Like Company!


Statistic

71

views this month

Hospital Tanah Merah (HTM) telah memulakan operasinya pada 2 Mei 1985. Jangkamasa 10 tahun untuk menyempurnakan pembinaannya.

Read More >

Sejarah pembinaan yang bermula sejak tahun 1975 menelan belanja sebesar RM 7.8 juta telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Al- Kelantan pada Ahad , 20 April 1986.

Terletak di sebuah bukit yang bernama Bukit Remah dengan keluasan 6 hektar, hanya 500 meter dari pusat bandar Tanah Merah. Lokasi yang berada di jalan utama seperti Jalan / Lebuh raya Timur - Barat yang menghubungkan Grik di Perak ke Jeli di Kelantan melalui Tanah Merah ke Kota Bharu dan Jajahan lain di Kelantan. Jajahan sekitar adalah jajahan Jeli di barat, Machang di Timur, Pasir Mas di utara dan Kual Krai di selatan. Jarak ke Kota Bharu adalah 51 KM.

HTM dengan bilangan kakitangan seramai 342 orang telah dinaik taraf sebagai hospital berpakar pada tahun 2006 dan menjadi pusat rujukan pesakit dari hospital - hospital dan Klinik Kesihatan berhampiran. Ia meliputi seluruh jajahan Tanah Merah , jajahan Jeli, sebahagian Machang dan Pasir Mas. Kepakaran-kepakaran yang terdapat di HTM ialah, Ortopedik, Bedah Am, Obstetrik dan Ginekologi, Anestesiologi, dan Pediatrik. Selain itu terdapat juga pakar - pakar lawatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian yang menjalankan perkhidmatan kepakaran mereka disini .

Terdapat 30 unit yang terdiri daripada unit Klinikal dan sokongan bukan klinikal di Hospital Tanah Merah. Ia menjalankan hampir semua urusan pengurusan pesakit. Unit Pesakit Dalam yang terdiri daripada Wad Am sebanyak empat buah dan satu Dewan Bedah .Manakala unit Pesakit luar terdiri daripada Unit Pesakit Luar, klinik Respiratori, klinik Pakar dan Unit Kecemasan dan Trauma. Unit sokongan klinikal terdiri daripada Unit Patologi dan Tabung Darah, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Fisioterapi, Unit Farmasi, Unit Hemodialisis dan Unit Pensterilan . HTM telah memulakan aktiviti atau program kualitinya sejak tahun 1991. Strategi utama bagi program tersebut adalah untuk meningkatkan dan menaik taraf kemudahan dan fasiliti dan pembangunan insan secara total dan program penambahbaikan sistem Kualiti.

car insurance renewal

Review Tanah Merah General Hospital now

Customer Reviews for Tanah Merah General Hospital

52 reviews from Google Maps. View on Google