🇲🇾 Bahasa Melayu

Takaful Malaysia

(4.1 / 5 )
80 Reviews


Address: Pusat Jantung Sarawak, Kuching - Samarahan Expressway

Rating breakdown

5 56%
4 20%
3 10%
2 1%
1 13%

Like Company!


Statistic

28

views this month

Pusat Jantung Sarawak (PJS) (dahulunya Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak) pada awalnya dikenali sebagai Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak atau Sarawak International Medical Centre (SIMC) yang mempunyai keluasan tanah sebanyak 50 ekar.

Read More >

Pembinaan SIMC bermula pada tahun 1998 dan dijangka memulakan operasi pada 2008. Perancangan awal pembinaan SIMC adalah sebagai cabang pusat perkhidmatan perubatan yang beroperasi seperti Pusat Pakar Perubatan Normah atau Normah Medical Specialist Centre.

Ia bertujuan untuk meluaskan jaringan rawatan dan perkhidmatan merawat penyakit jantung, buah pinggang dan kanser. Pada Jun 2009, Dr. George Chan Hong Nam selaku Timbalan Ketua Menteri berkata "Jalan terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan di Hospital Umum Sarawak adalah perlu untuk kita meminta Perdana Menteri mengambilalih SIMC. Ini adalah satu permintaan dan jalan terbaik untuk rakyat". Pada April 2010, Dr. Sim Kui Hian presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (2008-2012) menyarankan agar projek tertangguh SIMC diambilalih dan ditukar kepada Jabatan Kanser dan Jantung, Hospital Umum Sarawak. Dalam Borneo Post pada 8 Ogos 2010 (Ahad) menyiarkan berita SIMC yang akan ditukar kepada Hospital Jantung dan Kanser Sarawak yang akan beroperasi pada Januari 2011. Kabinet Persekutuan memutuskan perkara ini 10 hari selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan atau National Economic Council yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

PJS secara rasminya beroperasi pada 1 Januari 2011 dengan sewaan minima dari SIMC dengan kapasiti katil sebanyak 106 unit katil dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 16 Januari 2011. Antara jabatan awal yang beroperasi sepenuhnya di PJS adalah Jabatan Kardiologi, Jabatan Kardiotorasik dan Kardiak Anestisiologi & Perfusi. Pada 2012, Jabatan Geriatrik turut dipindahkan ke PJS. Manakala sebahagian jabatan seperti perkhidmatan Hemodialisis, Radioterapi & Onkologi, Urologi serta perkhidmatan sokongan lain seperti Patologi, Radiologi, Dietatik, Fisioterapi dan lain-lain turut beroperasi di PJS. PJS beroperasi sepenuhnya sebagai jabatan berasingan dari Hospital Umum Sarawak bermula Julai 2016.

car insurance renewal

Review Sarawak Heart Centre now

Customer Reviews for Sarawak Heart Centre

80 reviews from Google Maps. View on Google