🇲🇾 Bahasa Melayu

Takaful Malaysia, Government Hospital

(3.5 / 5 )
29 Reviews


Address: KM 3, Jalan Melang, Kampung Gemelang

Rating breakdown

5 38%
4 24%
3 10%
2 0%
1 28%

Like Company!


Statistic

31

views this month

Hospital Tuanku Ampuan Najihah dibina di atas tapak seluas 70 ekar di KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pembinaannya berkonsepkan nukleus dengan menyediakan perkhidmatan pakar.

Read More >

Pembinaan hospital ini telah mengambil masa lebih kurang 4 tahun bermula dari Disember 1990 hingga Oktober 1994 dengan kos keseluruhannya bernilai RM97.5 juta Hospital ini menggantikan hospital lama yang dibina pada 1885 yang hanya mempunyai 232 katil dan telah berusia hampir 100 tahun. Hospital Tuanku Ampuan Najihah merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan menggunakan sistem separa ICT yang menggabungkan sistem perisian informasi terkini termasuklah 1GFMAS, HRMIS, eP yang digunakan oleh bahagian klinikal. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Pilah yang mempunyai penduduk dan jaringan perhubungan yang padat dan sibuk, Hospital Tuanku Ampuan Najihah menyediakan perkhidmatan kepada 63,541 penduduk di daerah Kuala Pilah. Dengan mempunyai kekuatan maksimum sebanyak 1261 anggota, hospital ini sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan tahap keprihatinan, dedikasi, komitmen dan penyayang yang tinggi sekali.



Hospital Tuanku Ampuan Najihah menawarkan skop perkhidmatan yang luas merangkumi perkhidmatan kecemasan, rawatan pesakit luar, rawatan pesakit dalam, perkhidmatan pengimejan dan diagnostik, perkhidmatan sokongan perubatan dan bukan perubatan, penyelidikan dan latihan, pengurusan dan pentadbiran dan kemudahan fasiliti yang lain. Pengurusan klinikal pesakit dalam dan pesakit luar Hospital Tuanku Ampuan Najihah diurus selia oleh lebih daripada 14 jabatan dan perkhidmatan sokongan termasuklah jabatan kecemasan dan trauma, jabatan perubatan am, jabatan pembedahan am yang merangkumi endoscopy, jabatan obstetrikk dan gynaekologi yang merangkumi dewan bersalin, wad post natal dan antenatal, jabatan pediatrik, jabatan ortopedik, jabatan anestesiologi dan rawatan rapi yang merangkumi dewan bedah, jabatan oftalmologi, jabatan otorhinolaryngology, jabatan pengimejan dan diagnostik yang merangkumi perkhidmatan CT Scan, jabatan patologi, jabatan psikiatri, jabatan bedah mulut dan jabatan pergigian pediatrik.



Semua jabatan ini membekalkan rawatan moden terkini untuk pesakit dalam dan pesakit luar termasuklah ekokardiografi, unit hemodialisis, konsultasi diet, bantuan sosial perubatan dan kaunseling serta hal ehwal Islam. Semua perkhidmatan klinikal di Hospital Tuanku Ampuan Najihah berfungsi lancar melalui kerjasama perkhidmatan sokongan klinikal yang lain seperti unit kualiti, pendidikan kesihatan, farmasi, sajian dan dietetik, CSSU, kejururawatan, rekod perubatan, penyeliaan hospital, kawalan infeksi, kesihatan awam, kerja sosial perubatan, kejuruteraan operasi, unit pemulihan cara kerja, fisioterapi, unit kesihatan dan persekitaran awam, kaunseling dan perubatan forensik.



Hospital Tuanku Ampuan Najihah mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 314 katil yang ditempatkan di 12 wad. Sebanyak 14 katil diperuntukkan di ICU/CCU, 28 katil diperuntukkan di wad Daycare, 30 katil diperuntukkan di wad Perubatan, 8 katil diperuntukkan di Dewan Bersalin, 2 katil di Observation Intensive Care Ward (OICW) dan selebihnya di wad-wad umum yang lain. Hospital Tuanku Ampuan Najihah juga turut menyediakan kemudahan wad kelas pertama.



Setiap anggota Hospital Tuanku Ampuan Najihah sentiasa dilengkapi pelbagai kursus latihan yang diadakan sepanjang tahun termasuklah program pendidikan perubatan yang berterusan seperti Continuing Medical Education (CME), Continuing Nursing Education (CNE), Basic Life Support (BLS) dan pelbagai kursus-kursus yang lain. Sebagai hospital nukleus yang berfungsi di tengah-tengah bandar Kuala Pilah, Hospital Tuanku Ampuan Najihah tampil untuk memberikan perkhidmatan terbaik bertaaf dunia kepada masyarakat Negeri Sembilan dan Kuala Pilah khususnya dengan mengetengahkan budaya korporat yang berteraskan sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma. Kami sedia membantu.

car insurance renewal

Review Hospital Tuanku Ampuan Najihah now

Customer Reviews for Hospital Tuanku Ampuan Najihah

29 reviews from Google Maps. View on Google