views this month
Perkataan segamat dipercayai berasal dari perkataan 'Segar' dan 'amat' yang bermaksud sangat segar.
Read More >Ia dikaitkan dengan peristiwa Sultan Ahmad dan pengikutnya yang telah melarikan diri dari Melaka. Pada satu hari, Sultan Ahmad telah kembali ke Johor dan ketika dalam perjalanannya, baginda berhenti berehat berhampiran dengan sebatang sungai yang jernih airnya. Selepas meminum air sungai tersebut, Sultan Ahmad dan Bendahara Tun Tepuk berkata "Ya segar amat". Dari perkataan tersebut maka lahir lah perkataan segamat (segar + amat).