🇲🇾 Bahasa Melayu

Takaful Ikhlas

(3.6 / 5 )
122 Reviews


Address: Jalan Salleh, Taman Utama Satu

Rating breakdown

5 45%
4 19%
3 10%
2 4%
1 22%

Like Company!


Statistic

13

views this month

Bandar Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani terletak lebih kurang 175km dari ibu negeri Johor, Johor Bahru. Mempunyai keluasan daerah 2346.12 km ^ 2 dan populasi penduduk seramai 437 164 orang (2007).

Read More >

Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah ditubuhkan sekitar tahun 1900 di Jalan Petri, Muar dan dikenali sebagai 'Government Dispensary'. Keseluruhan perkhidmatan kesihatan telah berpindah lokasi ke Jalan Salleh (yang ada sekarang) pada tahun 1918 ketika perancangan semula bandar Muar dilakukan. Bermula pada tahun 1920an, hospital ini yang pernah dikenali sebagai Hospital Daerah Muar mengalami pelbagai pembangunan yang pesat hingga kini.

Penukaran dan perisytiharan nama dari Hospital Muar kepada Hospital Pakar Sultanah Fatimah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor pada 13 Oktober 2003.

Hospital ini merupakan hospital ketiga terpenting di negeri Johor selepas Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. Ia juga menjadi rujukan bagi zon utara Negeri Johor bagi daerah Batu Pahat, Tangkak dan Segamat. Selain itu Hospital Pakar Sultanah Fatimah juga memegang peranan sebagai 'Teaching Hospital'.

Pelan Induk Projek Pembangunan Semula Hospital bermula semenjak tahun 1990 dan masih menantikan Blok Ambulatory Care Centre yang akan melengkapkan hospital ini dengan pelbagai kemudahan peralatan perubatan yang canggih bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kepakaran yang disediakan.

car insurance renewal

Review Hospital Muar now

Customer Reviews for Hospital Muar

122 reviews from Google Maps. View on Google