Review Hospital Alor Gajah now
Customer Reviews for Hospital Alor Gajah
9 months ago
views this month
Hospital baru ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos RM110 juta.
Read More >Pembinaan hospital baru dengan kapasiti 78 unit katil bermula pada 5 September 2008. Hospital ini telah dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan bedah, dewan bersalin, unit rawatan kecemasan. Selain daripada itu terdapat juga penambahan unit seperti Unit Forensik, Unit Bekalan Bahan Sterile (Suci Hama), Unit Rawatan Rapi dan Unit Rawatan Pengasingan (Isolation Ward). Pihak hospital telah berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dengan menggunakan peralatan yang sofistikated dan canggih. Hospital ini juga merupakan satu-satunya hospital dilengkapi penghawa dingin disemua wad.
Pada 18 Februari 2013 hospital ini telah memulakan operasi dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 29 April 2013.
Dengan adanya unit-unit baru ini dan bagi memenuhi keperluan yang mendesak, bilangan katil telah dinaikkan daripada 78 ke 95 unit katil bermula Januari 2016.