Alamat: Jalan Sempadan Kampung Permatang Tok Mahat
tontonan bulan ini
Hospital Parit Buntar pada asalnya adalah sebuah bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar. Ia telah dibina pada tahun 1925 dan kemudiannya digunakan sebagai hospital pada tahun 1931.
Baca lebih lanjut >Pada permulaan operasi, Hospital Parit Buntar mempunyai beberapa buah bangunan sahaja. Bangunan tersebut telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1925. Beberapa bangunan telah dirobohkan disebabkan kerosakan akibat angin ribut dan struktur bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Kebanyakan bangunan ini mempunyai rekabentuk British.
Hospital Parit Buntar terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Keluasan kawasan hospital ini adalah seluas 60,720 kaki persegi manakala keluasan bangunan adalah seluas 28,327 kaki persegi.
Walaubagaimanapun sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, kebanyakan bangunan lama di Hospital Parit Buntar telah dinaiktaraf menjadi bangunan baru dan moden. Terdapat 12 unit telah diwujudkan di hospital ini di antaranya Unit Pentadbiran, Unit Pesakit Dalam, Unit Kecemasan, Unit Pengimejan Diagnostik, Unit Makmal Patologi, Unit Jabatan Pesakit Luar, Unit Sajian, Unit Haemodialisis, Unit Fisioterapi, Unit Lawatan Pakar, Unit Farmasi Dan Bekalan serta Unit Rekod.
Pada asalnya, Hospital Parit Buntar mempunyai 150 buah katil untuk menampung pesakit-pesakit dari Wad Kelas II dan Wad Pesakit Kronik. Ini memandangkan sebuah bangunan (Wad Pesakit Kronik) telah dirobohkan, penggunaan katil yang digunakan sekarang telah dikurangkan kepada 120 buah katil untuk menempatkan pesakit-pesakit dari empat buah wad iaitu Wad Lelaki (Anggerik), Wad Perempuan (Dahlia), Wad Pediatrik (Melor) dan Wad Bersalin (Mawar).
Hospital Parit Buntar bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Kerian malahan kawasan sekitarnya seperti Bandar Baharu dan Nibong Tebal juga menikmati perkhidmatan yang disediakan. Ini kerana kedudukannya yang bersempadan dengan negeri Kedah dan Pulau Pinang.