🇬🇧 English

Takaful Malaysia, Government Hospital

(4.4 / 5 )
20 Ulasan


Alamat: W.D.T 200 Kinabatangan,, Pekan Kota Kinabatangan

Pecahan penilaian

5 70%
4 10%
3 10%
2 5%
1 5%

Sukai Ejen!


Statistik

39

tontonan bulan ini

Daerah Kinabatangan merupakan kawasan Bandar yang berkeluasan 660,500 hektar. Daripada jumlah keluasan daerah, seluas 11,000 hektar merupakan kawasan hutan simpan, kawasan bandar 245 hektar, dan kawasan pinggir bandar ialah 4,466 hektar.

Baca lebih lanjut >

Daerah ini mempunyai 78 buah kampung dan 7 buah mukim.

Seluas 26,000 hektar daripada keluasan daerah diwartakan di bawah Ordinan Tanah sebagai kawasan Habitat Hidupan Liar (Wildlife Sanctuary) khususnya di sepanjang Hilir Sungai Kinabatangan yang membentuk satu 'Koridor Kehidupan' bagi sumber alam semulajadi dan hidupan liar di daerah ini.

Jumlah penduduk yang tinggal di daerah ini adalah seramai 140,200 orang di mana 25% daripadanya atau 35,050 orang adalah warganegara Malaysia manakala 75% atau 105,150 orang adalah penduduk bukan warganegara Malaysia. Dari segi pecahan jumlah populasi mengikut suku bagi tahun 2013, pihak Jabatan Penerangan dan Jabatan Pendaftaran Daerah Kinabatangan masih belum dapat membekalkan maklumat tersebut sehingga kini kerana masih dalam peringkat pengiraan.

Hospital Kinabatangan atau dahulunya dikenali sebagai Klinik Kesihatan Bukit Garam telah ditubuhkan pada tahun 1983 bertempat di pengkalan Bukit Garam. Setelah itu, Hospital Kinabatangan yang ada sekarang ini dibina menggantikan Klinik Kesihatan Bukit Garam dan mulai beroperasi semenjak 17hb. Julai 1999 dengan pembukaan Unit Kecemasan dan Pesakit Luar. Unit pPesakit Dalam beroperasi pada0 6 Ogos 1999 dengan pembukaan Wad Bersalin dan Wad Lelaki. Wad Perempuan dan Kanak-kanak beroperasi pada 02 Oktober 2001.Hospital Kinabatangan mempunyai katil sebanyak 68 buah katil. Bangunan Hospital Kinabatangan ini dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi (Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu) pada 26hb. Februari 1999 dengan kos pembinaan 23 juta.

Hospital kinabatangan mempunyai keluasan lebih kurang 34.7 ekar dan kawasan bangunan hospital merangkumi 5.04 ekar. Hospital Kinabatangan adalah sebuah hospital daerah tanpa pakar (Pusat Rujukan ialah Hospital Duchess Of Kent, Sandakan) yang mengambil masa 1 (1/2) jam perjalanan melalui jalan raya.

car insurance renewal

Buat ulasan Hospital Kinabatangan sekarang

Ulasan Pelanggan untuk Hospital Kinabatangan

20 Penilaian dari Google Maps. Lihat di laman web Google