🇬🇧 English

Takaful Malaysia, Government Hospital

(3.8 / 5 )
86 Ulasan


Alamat: KM 3.2, Jalan Utara

Pecahan penilaian

5 55%
4 8%
3 14%
2 3%
1 20%

Sukai Ejen!


Statistik

14

tontonan bulan ini

Hospital Duchess of Kent, Sandakan merupakan hospital kerajaan berpakar yang terletak di bandar kedua terbesar di Sabah -- Sandakan, Pantai Timur Sabah; yang juga digelar sebagai "Bandar Raya Alam Semula Jadi".

Baca lebih lanjut >

Jarak hospital adalah 3.2 kilometer dari pusat bandar utama Sandakan. Saiz kawasan hospital meliputi keluasan 42.93 ekar, manakala kawasan bangunan hospital adalah seluas 2,245.3 meter per segi.

Hospital Duchess of Kent mempunyai 4oo buah katil dan merupakan hospital rujukan bagi hospital-hospital dan fasiliti kesihatan luar daerah. Dengan infrastruktur sedia ada, kawasan liputan operasi Hospital Duchess of Kent, Sandakan meliputi seluruh bahagian Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

Perkhidmatan kepakaran di hospital ini merangkumi Pembedahan Am, Perubatan Am, Orthopedik, Kecemasan & Trauma, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Anestesiologi, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Psikiatri dan Radiologi. Di samping itu, hospital juga memberi Perkhidmatan Pakar Lawatan seperti Pembedahan Plastik, Pembedahan Pediatrik, Nefrologi, Neuromedical dan Neurosurgery.

Dengan kepakaran-kepakaran yang ada, hospital ini memainkan peranan sebagai institut latihan bagi pelatih-pelatih biasiswa, pelatih kejururawatan, pelatih penolong pegawai perubatan, pelatih juruteknik makmal perubatan, fisioterapi dan pengurusan kesihatan.

Perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di hospital ini termasuklah Farmasi & Bekalan, Patologi, Pengimejan dan Diagnostik, Kerja Sosial Perubatan, Sajian & Dietitik, Pensterilan, Rekod Perubatan & Dokumentasi, Pemulihan Cara Kerja, Fisioterapi, Hemodialisis, Kesihatan Awam & Inspektorat, Promosi Kesihatan, Forensik, Pusat Jagaan Harian dan Penjagaan Paliatif.

Hospital Duchess of Kent merupakan hospital yang pertama di Sabah memberikan perkhidmatan perubatan Tradisional dan Komplementari (Traditional & Complementary Medicine) yang mula beroperasi pada 14 Disember 2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada 31 Januari 2010.

car insurance renewal

Buat ulasan Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) sekarang

Ulasan Pelanggan untuk Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK)

85 Penilaian dari Google Maps. Lihat di laman web Google