tontonan bulan ini
Hospital Lama Baling telah dibina pada tahun 1950 dan beroperasi selama 46 tahun sehingga tahun 1996.
Baca lebih lanjut >Kemudian operasinya dipindahkan ke Hospital baru yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Hospital Baru dengan kos sebanyak RM31 juta ini telah dimulakan pembinaannya pada bulan Ogos, 1993. Dalam tempoh masa 2 tahun, hospital baru ini telah siap dibina iaitu pada bulan November, 1995. Hospital Baling mula beroperasi pada 15 Januari, 1996. Ia dibina sebagai Hospital gantian bagi hospital lama untuk memenuhi kehendak penduduk penduduk di Daerah Baling, Kedah. Hospital Baling yang bertaraf Hospital Daerah Tanpa Pakar tersergam indah dengan keluasan 32 ekar, sejauh 800 meter dari pekan Baling memberikan perkhidmatan untuk 140,000 penduduk.